Tuesday 3 June 2014

PRASEKOLAH

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah.


MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.


KONSEP

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari


OBJEKTIF

Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

ORIGAMI



Origami ini boleh digunakan mengikut tema serangga di dalam Tunjang Kreativiti dan Estetika.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kenali 6 Perdana Menteri Malaysia

Monday 2 June 2014

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

MY BODY

CATATAN:
Melalui lembaran kerja ini, murid dapat mengenalpasti bahagian tubuh badan manusia.

TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA

Mari Menyanyi

Burung kakak tua

Hinggap di jendela 

Nenek sudah tua

Giginya tinggal dua

Letcum letcum o lala

Burung kakak tua


Melalui lagu Burung Kakak Tua , guru dapat mengenali murid yang berpotensi dari segi bakat nyanyian dan pergerakkan tarian.

CINTASIBERIBERI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat datang ke blog kami.